Sunday, March 13, 2011

yaya nak diet.....:)

bismilah.......kuang2...yaya dah gemuk sekarang..ayooookkk...gane ni...hiihi...55kg.TINGGI 158cm..tak derla nakpak gemuk sebenarnye...tafff..hahahah..tapi nk kurus gak mcm dulu...(45 kg)..fuyooo..tuela...lamer sangt tak jogging..asyik mam jerk..kan dah...hahahhahaha...so..untuk turunkan nyer kn la berdiett.....ermm.my first target 50 kg dulu...t dah turun baru nak ker aim target 45 kg...hihhihi..t tak pasal2 give up kalu terlalu aim tinnggi sangt..hihi:..pertama2 yang yaya nak buat adalh:


  • " no nasi "in 44 days.....leh ker?kiter tgok k..
  • jogging 2 rounds kat tasik untuk minggu pertama and akan naik ker 3 or 4 rounds kat tasik...
  • sit up 20 x .during excercise  and sebelum and bangun  tidu
  • lompat bintang 100x  3x sekali/hari
  • skippng 100x
  • minum air 2L/day
  • no kfc,mcd...oooo..so sad....:((tak per temporory jer..t dah kurus leh makn balik...hihihi
  • no minum air manis/gula..
  • mam bnyak  buah...huhuhu  ..sukeeee
  • ermm...istiqomah...nilah yang payah...aduhh...bnyak sangt dugaan..kuang2....
ermm...tuela...kiter cuber tengok seminggu ni...ader tak perubahan...cayok2...huhu...wahhh...bagila yaya semangat k..kalu ader yang nak join lagi best...tuela.....cedih ni..t nak kawin dah tak cantik...lalalala... so...go go yaya...u can do it...jgn jadi mcm ni....uuuuuuuuuuuu  ....

tapi sekarng cuber kamu semua tngok,artis2 pun dah ramai yang kurus...hoho...so yaya pun leh kurusss....cayok2

hah...knl dier ni..tgok..kan dah kurus...sukernya....ee tak sabar nak tngok yaya dah kurus...huuhu



hah,ni pulak shahnie...walaupun dier kurus sebab buat bypass,,tapi yaya nak jadikan dier model untuk kurus gak..huhuhu...ramai lagi artis2 kita yang dulu gemuk giler n then dah kurus sekarang...contohnya mek siti..knl?kalu tak knl yaya bg gambar..hihhihih..tue pun dah kurus....YANG berlakon salm pantai timur tue...

hah..aper lagi..dah2.t kiter sembang lagi k..yaya nak g jogging..cayok2...salamm

Thursday, March 3, 2011

UntuKMU wanITa


 

Untuk insan bernama wanita diluar sana..
“Wanita bukan dijadikan daripada atas kepala untuk disanjung dan dipuja, wanita juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk dipijak-pijak, tetapi wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang hampir dengan hati untuk disayangi, yang hampir dengan tangan untuk dilindungi”
“Akal wanita senipis rambutnya selalu mengikut perasaan tika berbicara, hatinya serapuh kaca yang mudah tersentuh dengan kata-kata, nafsunya pula setinggi gunung dan hanya keimanan mampu menghalangnya”
“Suara wanita gemersik bak buluh perindu sehingga menusuk dan membelai di kalbu si pendengarnya, bicaranya sehalus sutera takkan jemu tika mendengarnya”
“Air mata wanita mahal harganya, tanda kasih pada kekasihnya, kasih wanita selembut salju hingga mampu membuat lelaki hilang arah tuju”

kEnapA wanITa seLalu MEnangis


Wahai tuhanku, mengapa wanita mudah sekali menangis?
"Ku ciptakan bahunya agar dia dapat menahan beban dunia dan isinya.
Ku ciptakan keperkasaan agar dia bertahan berjuang dan pantang menyerah kalah.
Ku berikan kasih sayang agar dia mencintai anaknya.
Ku berikan kekuatan agar dia membimbing suaminya di saat putus asa.
Ku berikan kebijaksanaan agar dia menguji kesetiaan cintanya.
Ku kurniakan dia air mata agar dia mencurahkanremuk rendam hatinya
Inilah wanita..!!
Air mata inilah air mata kehidupan"

akU inSAN BerdOsA

YA  ALLAH..dengan tangan yang penuh kekotoran ini aku menadah tangan berdoa padamu ya RABBULIZZATI,kau ampunkan lah dosa2 kami YA ALLAH dan permudahkanlah urusan kami di dunia mahupun di akhirat..dan tabahkan hati kami setabah kekasihmu yang terdahulu dan jadikanlah kami dari golongan hamba2 yang beriman dan beramal soleh..sesunguhnya kami dari kalangan hamba2 kerdil yang lemah lagi tidak berkuasa.amin..ingatlah sahabatku,setiap hari ,setiap saat yang berlalu tidak pasti akan kembali lagi.penuhkan lah hatimu dengan iman ,ikhlas,sesungguhnya ALLAH akn sentiasa bersama orang2 yang beriman.bersyukurlah kerana beri kesempatan utk melihat duniawi yang kadang-kalanya membuatkan kita hanyut didalmnyer..diberi usia yang panjang untuk kita terus beribadah dan menyediakan bekalan untuk hari kemudian..renuNgkan lah sejenak..adakah kita adil pada diri NYA??adakah kita bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada???

Hati ku…
Pintu taubat masih terbuka..
Bersihkan hati tambahkan pahala..
Jangan tunggu esok dan lusa..
Kerana mati tak kenal usia..
Kerana neraka telah tersedia..
Untuk hamba yang durhaka..

Saya mahu jadi bermakna, menjadi seperti burung yang terbang berzkir kepada Ilahi...Saya mahu jadi bermakna, menjadi seperti pepohon hijau rendang sentiasa tunduk mengadap Ilahi, Saya mahu jadi bermakna, seperti bintang mengeluarkan cahaya kepada manusia, seperti matahari mencipta keriangan setiap hari...tersenyum indah bermakna dan sentiasa menjadi seperti air yang tenang mengalir indahnya....

Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum wbt.

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran.

Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seseorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang berhak mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”
Imam al-Syahid Hasan al-Banna